Macamana nak cari duit dengan twitter?
Sudah tentu anda perlu mempunyai akaun twitter terlebih dahulu. Akaun twitter adalah percuma. Kemungkinan anda sudah ada akaun Twitter. Jika belum, silalah pergi ke twitter dan terus buka akaun anda. https://twitter.com/account/create
Gambar atas: Mukasurat Setting Twitter (klik imej untuk gambar yang lebih besar)
Tips.
Memilih nama url yang menarik mungkin menjadi masaalah kerana kebanyakan nama-nama yang menjadi rebutan telahpun diambil. Tapi jangan risau dengan url akaun twitter anda. yang penting adalah kandungan profile anda. Anda masih boleh menggunakan nama pilihan dalam mukasurat setting > profile.
Bio: Tulis keterangan bio yang mengandungi keyword sasaran. Contoh jika sasaran anda peminat iphone, pastikan kandungan bio mengandungi perkataan iphone. Ini penting untuk search engine Twitter dan juga search engine Google dsb.
Gambar profile: Letakkan gambar dalam profile, jangan bagi gambar burung twitter default disitu. Ini menjadikan akaun twitter bukan sekadar main-main dan mudah tarik follower.
Web profile: Jika ada website atau blog letakkan link dalam ruang web profile. Ini juga untuk menarik follower dan juga trafik ke blog anda.
Mulakan tweeting iatu menulis mesej2 pendek. Buatkan beberapa tweet dahulu sebagai pembukaan dan menunjukkan empuya twitter memang wujud. Untuk menghanta tweet pergi ke mukasurat home
klik untuk besarkan gambar
Design: Sebagai tambahan ada boleh mengubah rupamuka twitter anda dengan pergi ke design. Terdapat juga bebagai latarbelakang twitter yang anda boleh dapati percuma. Ini adalah sebagai sebagai faktor penarik. Pergi ke profil > design untuk ubah design. Jika tidak puas hati pilihan yang ada, pergi link Themeleon yg terdapat bawah kanan mukasurat design tersebut.
Twitter adalah satu web social networking yang mudah. Anda boleh memahirkan diri dalam sekejap sahaja. Jadi Selamat Bermain-main dengan Twitter.